Saturday, December 11, 2010

DenGar HaTi Ku BeRb!caRa..



Melalui hari-hari sepi,
Aku mencuba untuk bangkit berdiri,
Melalui ruangan yang sempit,
Aku cuba meloloskan diri..

Nah mungkinkah akan terjadi perkara seperti itu?
Atau aku akan terus tesungkur di dasar ini?
Ahh… aku tak pedulik,
Aku inginkan kembali sepertimana aku yang dulu..
Bangkit, Tegak, Berdiri sendiri tanpa sesiapa pun...

Bahagianya aku kerana hidup ku,
Bukan kerana MEREKA yang mencipta aku,
Pergi kau dari sisi hidup ku,
Rimas aku mendengar segala alasan mu..

Dasar si pengkhianat cinta!
Dasar si pemusnah kasih!
Nyah kau dari hidup ku,
Usah kau kembali mendekati aku,
Bosan aku dengan segala tipu helah mu…

Cinta itu suci, kenapa kau mengotorinya?
Cinta itu fitrah, kenapa mesti menindasnya?
Cinta itu ilham, kenapa mesti menolaknya?
Cinta itu pengorbanan, kenapa mesti kau korbankan segalanya?
Dan cinta itu juga buta, pabila kau tidak dapat melihat kebenarannya…

Setiap detik waktu itu putaran arus masa
Setiap saat itu putaran karma hidup
Hey si buta! Sekarang kau di atas dan aku di bawah
Hey si pekak! Sekarang aku tesungkur jatuh menangis kerana kau
Tapi hukum karma itu ada.. dan akan aku bangkit dari tiap kesakitan itu…

Melalui hari-hari gelap yang kau beri pada aku,
Akan aku keluar dari penindasan ini mencari bahagia aku..
Berambus kau pengkhianat!
Nyah kau dari sini!
Jangan berani kau tunjukkan diri mu mahupun bayangan mu pada aku..
Atau akan aku pastikan kau menderita sepanjang hidupmu seperti mana aku
Menderita kerana kamu….