Assalamualaikum!!!!
Hola everybody!!
Amacam seme sihat ke dop?
Heeee... sorry u
guys bz yang teramat sgt2 semenjak dua menjak ni.. smpai x sempat nk jenguk
blog, nak update ape2 pun...
Okay without
membuang masa ye... ari ni sy bakal menghapdet pasal
"Baitul Muslim" ngeeee.. knp tibe2 je update pasal ni? Haaa sebabnye cik nah, cik kiah, cik jah
semua... ramai kwn2 saya yg sebaya saya n lebih tua sikit tanya pasal bab
membina baitul muslim ni.... kirenya topic ni jadi topic hangat la untuk
semester ni.. out of nowhere tetbe je menjadi topic hangat antara classmates,
housemates, chatters, fbians... hahaha... kelaka pun iye...
Before that
siapa pernah terfikir soalan ni apa yg ada pada marriage life ni eh? Sape? Sape yang penah
pikir?....
*PAUSE*
Saya pernah
terbaca dalam buku Hlovate (Versus, Aa+Bb, 5thn 5bln) banyak kupas pasal baitul
muslim ni cumanya x ramai yg tau amenda sebenanya baitul muslim ni...
Few days ago
saya dapat message dari kawan tanya apa itu "Baitul Muslim"?
Jawapan saya...
“Baitul Muslim ni ada dekat mana2”
kenapa saya cakap macam tu? Sebab dari zaman sekolah lagi kita dah
dengar perkataan baitul muslim ni.. haa bila sebut je pasal ni ramai la yang
berangan2 ye dak? Hehehe... jgn nafi la saya pon cam tu :p hahaha... betul kan?
Sebab masing2 pun membayangkan Baitul Muslim masing2 dengan bermacam cara kan?
Antaranya:
- Mencari jodoh:
ini orang kata salah satu peranan bukan tajuk utama.
- Istikharah:
sebenarnya istikharah ni x semestinya diguna pakai semata2 utk isu cari
jodoh... tapi tujuan sebanar istikharah ni untuk kita mohon bimbingan dan
pertunjuk dari Allah dalam setiap perkara mahupun tindakan kita. Dari sekecil-kecil hal sampai lah yang
sebesar-besar perkara dgn harapan kita akan ada rasa kebersamaan Allah dalam
setiap keputusan kita.
- Ciri-ciri pasangan yang ideal: cite pasal benda ni memang tak kan pernah
habis.. tak kan Cuma yang penulis boleh bagi tau siap sedia je dengan semua
cirri-ciri yang kita nak.. jangan lupa “doa” sebab firman Allah SWT yang bermaksud : “dan Tuhanmu
berfirman : berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.”
(al-Mu’min: 60).
- Cara-cara memilih pasangan yang baik: haaaa nak tau x ni? Nak kan nak kan? Baca
sampai habis ye...
“Apabila datang kepadamu seorang laki-laki,
datang untuk meminang yang engkau
redha terhadap agama dan akhlaknya maka
nikahkanlah dia. Bila tidak engkau
lakukan
maka akan terjadi fitnah dim ka bumi dan akan timbul kerosakan yang
merata di muka
bumi.” – HR Tarmizi dan Ahmad.
- Bercinta dengan cara Islam: sayang2 sekalian.. sesungguhnya
cinta itu fitrah, bila kita tidak membenarkan cinta bererti kita telah membunuh
kualiti sebenar seorang Muslim, namun ada caranya untuk bercinta.
Okay kita reverse balik masuk bab kawin tadi.. saya penah la terbaca
blog-blog org lain yang ada cakap tentang “It is important to look at marriage
as a process instead of an event”.
Setuju tak? Tapi rasanya betul apa yang penulis tu cakap dalam blog dia
yang perkahwinan tu is a process instead of an event... it just people zaman
sekarang je yang buat perkahwinan tu jadi an event yang wow!
Tapi amenda yang dikatakan process tu?
Apa yg di kata kan dengan process tu is process utk kita ni memperbaiki
diri bina diri utk jadi suami n isteri yang soleh n solehah.. LELAKI INGAT! AWAK ADALAH IMAM WANITA BILA SAH AWAK AKAD NIKAH NNT.. BKN
SENANG TANGGUNG JAWAB TU!!!...
Makanya saya teramat lah setuju dengan apa yang kak Amal cerita dalam
blog dia yang “Process kpd pembinaan ummah (UA) dan juga process kpd
pembentukan diri, pasangan, keluarga, askar kecik sampai besar kea rah yg lagi
baik dalam meraih mardhatillah.” [Amal, 2012]
Subahanallah..... sejuk hati ada anak2 mcm ni...
Kiranya betul la apa yang kak Amal cakap tu, tapi saya tak mampu nk kata
banyak sebab saya pun belum melalui process2 yang sedemikian.... :) tapi apa
yang pasti wedding zaman sekarang memang mendahulukan adat dari syariat, hbis
tu mcm mana yang nak dikatakan pembinaan Baitul Muslim yang baik? Haihh... Cuma
mampu berdoa yang satu hari nanti saya tak termasuk dalam golongan2 yang tidak
mendayuskan suami (bak kata kak Amal) pada hari pertama pernikahan.. May Allah
guide and bless us all :D wallahualam”...
Masa memula baca blog kak Amal tu saya tanya jugak diri sendiri ada ke
word “mendayuskan” suami.. rupanya ada... Again dari blog kak Amal saya terus menderu ke bahan bacaan by ustaz
kazim n dengar sendri dkt utube.. so tanya diri sendiri awak2 para muslimah nak
ke mendayuskan suami sendiri pada hari pertama pernikahan? I mean dalam akad
nikah n resepsi? and again dalam blog kak Amal dia elaborate apa yang dia maksudkan dengan apa
yang kita buat smpai boleh buat suami jatuh dayus... get through link ni
sayang2 semua....
http://1khalifah.wordpress.com/tag/ustaz-mohd-kazim-elias-lelaki-dayus/
Sedar tak kita dalam kita dok hoorray hooray dengan majlis kta sebenarnya
kita dah heret suami kita tu ke neraka jahanam... ?? ehh kenapa pulak? Ye lah
dah kalau kita tunjukkan cun kita tu comel kita tu.. cantik kita tu melampau2
sampai ibarat kata semua dah nak tertonjol keluar.. tak ke namanya kita heret
suami kita masuk neraka jahanam sayang2 sekalian? :)
For those yang tak tahu apa2 ttg islam akan cakap cruel hukum Allah tu..
tapi for me, for most of us. kita tahu yang hukum2 tu dibuat indah oleh
DIA... sebab apa? Sbb Allah tu sangat memuliakan para MUSLIMAH ni... be
thankful sayang.. be thankful.. admit saya sendiri tak perfect bahkan masih
lagi dalam process mendalami islam itu, masih cuba jadi muslimah sejati..
seriously bila banyak ilmu yang kita dapat makin kita rasa harga diri kita ni
tinggi sebenarnya... n betul la islam tu sweet sgt sgt... kira sendiri pun nk
jugak jd muslimah yg sweet tapi mampu atau tidak? Allah aja yang tahu.. kta
Cuma mampu berusaha ke arah itu... :D
okay lagi satu... pasal bab2 hantaran n everything if possible serderhana la kamu.. jangan la letak tinggi2 sangat sbb kita bkn nk jual diri, no.. membina sesebuah Baitul Muslim tu kena lah selari dengan apa yg dituntut dalam Islam.. cuba bayangkan kalau kita letak haraga tinggi2 lepas tu si bakal suami 2 nak nikah dgn kita kena pulak berhutang sana sini? apa maksudnya 2? Menjadi ke Baitul Muslim tu? if hutang keliling pinggang.. jgn fikir masa singkat je kena jugak fikir masa depan sbb lepas tu kita akan ada keluarga baru.. kehidupan baru... dulu tak terfikir kan? maka sekarang ni fikir2 kan lah pasal hal ni...
Bak kata hlovate la marriage is process...process to get know.. sbb kita akan ada housemate baru bezanya dia berlainan jantina.. process utk kta membentuk ummah yg Insya'Allah bakal menegakkan syariat2 Islam.. mcm mana parents mereka ajar... (sweetkan ada anak mcam ni? syurga la tmpt ibu bapa yg berjaya membentuk anak begini)
But it is not easy... it will cost u... expensively...
Sbb apa?.. sbb utk melalui process ni kita kena buat benda ni:..
Untuk kita bina sendiri Baitul Muslim tu kita sebagai pasangan perlu menjadi HEBAT terlebih dahulu... therefore my dear... are you ready?
mcm mana nak jadi hebat? tanya diri sendiri ...
Dah betul2 ke diri ni say goodbye..sayonara pada jahilyah thn yg lps-lps?
Dah betul2 ke diri ni sujud n patuh pada arahan Allah s.w.t n mengamalkan amar makruf nahi mungkar?
Dah betul2 ke diri ni mengamalkan sunnah Rasulullah?
Tanya hati kita.. sbb utk melakukan semua ni bkn mudah.. tak mudah... that's y la knp kita ni kene cari inche husband yg betul2 dah bersedia.. yg betul2 boleh bimbing kita ke arah itu...
Okay..kita balik dekat Baitul Muslim tadi (lom habis lagi lerrrr)..
Hakikat yang sebenarnya... perkahwinan dan Baitul Muslim tu memang perlu
di amik berat. Sebab apa? Sebab Baitul
Muslim tu bkn sekadar kawin je no...It is a 2nd step after individu
Muslim. Lepas Baitul Muslim, ada
Mujtama’ Muslim, Daulah Islamiyyah (penah degar dlm CTU x?), Khilafah
Islamiyyah dan last baru lah dia membentuk Istazi’atul ‘Alam...
So... if Baitul Muslim tu just for discuss pasal benda2 mcm tu meme
mustahil la untuk kita bentuk Mujtama’ Muslim yg kita nak... lepas tu makin
lambat kita bentu Istazi’atul ‘Alam tu kan?... :)
Sayang2 semua..... tau x yang maksud Baitul Muslim tu sendiri sebenarnya
rumah orang islam? Tapi orang islam yang mcm mana? Haa.. orang islam yang
mengamalkan dan sendiri praktikkan ajaran islam dalam hidup dorg n sekaligus
jdkan islam tu as pakaian rasmi rohani and jasmani :)...
With this jugak lah kita bakal lahirkan lagi ramai pendakwah n para
mujahid islam. Baitul Muslim ni la
peringkat penting dlm kita berusaha utk kembali tgk islam tu tegak kukuh bediri
as system pemerintahan DUNIA sekarang!
Dngan Baitul Muslim ni la as konsep utk kta nmpk needs mewujudkan
keluarga yg diredhai Allah, needs to find ur future wife n husband n seterusnya
buat family kita as a family yg jadi contoh pd masyarakat as well as be bless
by the almighty Allah swt. This is the
important of Baitul Muslim seblm kea rah Mardhatillah.
Oleh itu sayang semua...Jangan fikir apabila kita sebut tentang
Baitul Muslim ni, maknanya sudah menggatal
sangat nak kahwin, sebab Baitul Muslim ni bermula dengan diri sendiri. That is the significant of Baitul Muslim. Which is, berada di tangga kedua selepas
membentuk individu Muslim. Sebatikan diri kita dengan kehidupan Islam terlebih
dahulu. Disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu,
bertanggungjawab, tarbiyyah diri. Islahkan diri, tingkatkan kualiti supaya
kelak, mudah memacu keluarga yang mawaddah dan rahmahnya abadi. Suami dan
isteri saling melengkapi, menjadi murabbi dalam keluarga.
Baitul Muslim, bermula dengan diri sendiri. Baitul Muslim ialah
konsep untuk membina ummah berkualiti. So be serious. Serius dalam mempersiapkan
diri, bersungguh dalam menggerakkan peribadi. Bermula dari hari dan saat ini. Therefore my dear, cari lah seorang Imam.. yang boleh bimbing kita
ke syurga.. yang boleh lead kita to the way to al-Jannah.. someone that who
could make us love Allah more for every single day that we live in this world..
that love Allah more that everything else n he/her would know that they are the
3rd person in our heart after Allah and Rasulullah which is yg
sepatutnya paling tinggi dalam hati kita.
Moga Allah mempermudah urusan (jodoh) kita dunia and akhirat n moga kita
dikurniakan imam yang dapat bombing kita to the path of Al-Jannah... Amin...
Kire ni je lah yang mampu nak kongsi pun dekat semua orang..
hopefully semua puas hati eh..
In Sya 'Allah ada masa kita sambung lagi cerita bab lain pulak.. sekian..
W’allahualam...
Pic:
Crdt to the owner of those pic’s!
p/s: btw lupa nak habaq mai.. x de istilah couple in islam kalau
dah suka tu nikah je lah.. tu cara paling n the best utk semua :) byeeee...