Assalamualaikum Kesayangan2 Beta!
Hehehe…. Amacam semua? Sihat ke? Ye saya
tahu blog saya dah bersarang mintak ampun tuan dia bersihkan.. hahaha no
worries saya kembali untuk membersihkan sensawang sensawang yang hade nih..
soooo apa cer eh kali ni? Ada happy? Takda happy? :D harap2 semua happy2 lah
selalu ek?
Okeh sedar x sedar saya sebenarnya dah
masuk 5 bulan pun meninggalkan Alor Star… uyooo tempat jatuh lagi di kenang
inikan pulak tempat saya menimba ilmu.. iskiskisk… betul la saya rindu suasana indah permai desa
dgn sawah terbentang nan luas depan mata yang mana bila bukak aje pintu rumah
tu dah nmpk sawah n bila tgk lagi sekali eh eh! da nmpk kolej! Ngehehehe… *jangan wat gila x mai kuliah naa sat g pintu ghumah kena ketuk dgn lecturer sbb suh p kelas* wakakaka… tp so far Alhamdulillah belum
la sampai ke tahap itu kan sbb ye la saya ni kan anak murid yang “Palingggg
RAJIN” datang kelas… hahaha….Betul la zaman dah berubah dan sedar x sedar dah 2
tahun dekat Alor Star dan dah pun selamat habiskan zaman Diploma dekat KPTM
sana..
Tetiba teringat masa-masa kritikal nak
pulun buat assignment dengan semua orang, haha sampai ada masa tak kenal kami
ni group siapa sebenarnya eh? Sebab mmg dah x rasa perbezaan pun semua buat
kerja sama2.. eh lagi seronok masa kuiz, test, sbb masa tu lah masa kenakalan kami ya maha hebat! Hahaha
agak2 kalau cerita balik kat lecturer kami mesti dorg rasa nak hempuk kami
semua dgn kayu baseball kot? Hahahaha… tapi memang kami ni suka work together
dan yes kami digelar THE CHEVEYO CREW.. wahhh nampak x kat situ? Gaduh macam
mana sekali pun kami bonding tetap sama2 sampai orang kadang2 fikir 2-3 kali nk
usik ke eh group ni? Sebab kami ni nampak mcm x sama2 tapi bila sorg je sakit
semua pun sama rasanya.. dan betul lah saya rasa bersyukur sebab dapat
classmate yang macam mereka.
|
Cheveyo Rock! |
Never thought to have such wonderful moment
with them, team building kukuh, hatta kalau kena badai sekalipun retak tiba2
Insya’Allah keretakkan itu mampu kami kukuhkan balik. Senang cakap masa zaman kritikal sem 4 n sem
5 la paling nmpk ketara dia. Masa zaman buat event Teratak Melayu kan? Semua orang sibuk mana
nk kejar assignment, mana nak kejar event, tapi itu memang pengalaman yg SUUUWEETTTTTTTTTT
sgt! Hahaha.. gaduh sampai rasa mcm nk lempang, tumbuk, sepak, terajang semua
ada aihh.. tapi bila duduk semeja bincang apa masalah.. habis bincang masuk
kelas buat mcm biasa tegur macam biasa :D cakap macam biasa.. huhuhu.. dan sem
5 pulak? Ouh ya sem kritikal bila semua org dapat extra extra extra assignment
dr lecturer sampai tahap masing2 dah nak tersungkur syahid je jalan bila nak
pegi kelas, sampai makan ntah kemana, tidur entah kemana.. masa tu fikir “kerja
kena siap” hahaha.. dan betul la bila selesai je semua tu mmg rasa lega
yang teramat sangat…
|
The Sweet and Sour of US |
Hehehe.. lega ye la lega.. habis je
selesai assignment semua tu haa memasing pun mula la berjoli katak! Acaha2
macam dah habis x ada final la KONONNYA.. ahahahaha ye la betul la lepas habis
siap semua assignment tu mmg kene pegi enjoy pon almaklum la nk masuk medan
perang lepas tu, so nak x nak kene la prepare mindakan, relaxkan otak yang dah
mcm mintak nyawa je nak terus menerus membaham semua nota yang di buat tu utk
dihadam dalam ingatan supaya nak menjawap soalan nnt senang. Kikiki tapi tak jugak joli joli katak, pejam
celik pejam celik dah esok tu final haa baru kelam kabut masing2 nak membaca
kikiki.. nasib laaaaa study group last minit and lagi nasib baik sebab final
petang so mmg sempat nk menela’ah.. iskiskisk.. bad habits! JGN BUAT LAGI NAA
TIME DEGREE! Hahahaha.. tapi syukur lah semua org lepas, dapat pulak classmate
and housemate yang mmg ngam! Tak berkira, tu betul punya RAHMAT ALLAH la orang
kata sanggup study sama2 tolong mana yang terdaya, ajar mana yang termampu,
biarpun dah tahap study last minit.. hahaha.. teruk nau perangai memasing yek?!!!
Hahahaha….
Dan betullah tiap pertemuan itu akan ada
perpisahan.. sedar mahu pun tidak semuanya dah berlalu, masa cepat sangat2
cemburu tengok kami bersama, jodoh tu dah ditentukan, dekat KPTM ALOR STAR ni
kami berjumpa, belajar, bermain, menangis sama-sama.. dan dekat KPTM Alor Star
ni jugak lah kami kenal erti kawan dengan sahabat. Sungguh lah experience yang
sangat tidak terhingga.. thanks guys.. Thank God that I’ve found you… dan ouh
ya BTW Terima Kasih duhai guru2 saya and seriously segala ilmu dan kebaikkan
yang di beri tidak terbalas oleh saya.. Thank You So Much! Sir Shukran, Teach
Naza, Miss Farah, Madam Eja, Madam Sharizat, Madam Nurul, Madam Nurul Huda, Sir
Wan Hizam, Sir Akmal, Madam Norma, Madam Sharifah, Miss Lydia, Sir Zaki, Ustazah
Azuriah, Ustazah Suhaida, Lee Lao Shi, and All of the lectures thank you for
helping me in those difficult time during my diploma, thank you. May The
Almighty Allah S.W.T. bless all of you in every single thing that you do. Amin.