Wednesday, January 12, 2011

We... - InTro


Cerita bermula saat pertama kali mereka bersua, bermain dan berlajar bersama. Enam sahabat yang tak mungkin akan terpisah biar apapun yang terjadi. Masa mendewasakan kita, masa juga mengajar kita erti pengorbanan. Daripada zaman remaja, menjadi seorang siswa, bekerja dan berkeluarga. Haih! Susah nak di tafsirkan tentang waktu ni. Ini bukan kisah Hang lima bersaudara atau kisah ketika Parameswara menjejakkan kaki ke tanah Melaka. Tapi ini adalah kisah enam sahabat yang sumpah setia untuk menjadi saudara sampai bila-bila…

            “Dummm” kedengaran guruh berbunyi. Aku dan Najwa berpandangan. “Erk? Aku ada rasa macam seram sejuk ni Naj, kau rasa tak apa aku rasa Naj?” Soal aku pada Najwa. 
           
            “Aku rasa gak apa kau rasa Anne, ermm.. orang kata la kan masa-masa hujan cam ni, hantu banyak oww.. tetambah masa nak nak maghrib ni.. haaa.. hantu-hantu tu selalunye berkeliaran sana sini alala cari mangsa gitu! Heeee.. amek kau Anne nak sangat bukak hikayat cite hantu tadi tau cuak kau.” Najwa buat muka selamba toya sambil meneruskan ceritanya. ” mak aku kate la kan, kalau masa hujan lebat cam ni syaitan ngan jin kene sambar dengan petir sebagai balasan sebab menganggu hamba Allah. So cadangan aku kat kau la kan, tak yah ler kamu nak risau kebeno. Tak ada apa lah. Hishhh!!!..”

            “Kau ni bia betol Naj, aku dah seram sejuk tak habis nih! Iskkk!! Time-time cenggini le pulak nak hujan lebat, seriau aku weh!” Ngumam aku pada Najwa. “Anne, cuba kau bawak mengucap, bawak bezikir ke, doa ke ini idak, lagi nak cakap yang bebukan! Hujan tu , hujan rahmat Allah! Tak kan ler kamu nak lawan kot? Lagi satu bior teman kabo kan dekat kamu, masa hujan lebat macam ni eloknye kita ni berdoa, berzikir mintak dijauhkan dari benda-benda buruk bukannye merunggut macam tu!” Haru sungguh la budak Anne ni tau. Detik Najwa dalam hati.

            “ Aku bukan nye tak tau Naj tapi, kau pun tau kan yang parents aku balik lambat and i have to stay alone at home until pukul berapa aku pun tak tau, they are to busy with their work. Sometimes I feel like I am nothing to them Naj!” ujar ku pada Najwa. “Anne, look tak ada parents yang tak sayangkan anak ok! They are busy finding money for you. It’s not that they didn’t love you, but they are trying their best to rising you! Just think positive ok? There’s no need to mengeluh sana sini as if like your parent’s tu langsung tak ambil berat kat kau. Chill up k. lain la kalau kau macam aku….” Sedikit tersentak aku mendengar ayat terakhir Najwa itu, kedengaran terlalu sayu di telinga ku. Aku lantas menggenggam tangan nya dan “ Naj, I am sorry kay? I’m not supposed to say that, sorry Naj if i hurt your feelings, i really2 didn’t mean it. I promise that we will for ever be together no matter what, Sisters?” Pinta ku pada Najwa sambil cuba untuk tersenyum biar pun aku tau sedikit pahit kerana aku seperti mengungkit kembali cerita itu...
-To Be Continue........

No comments:

Post a Comment