Friday, March 8, 2013

Cry, Laugh, Love...

Assalamualaikum Kesayangan2 Beta!

Hehehe…. Amacam semua? Sihat ke? Ye saya tahu blog saya dah bersarang mintak ampun tuan dia bersihkan.. hahaha no worries saya kembali untuk membersihkan sensawang sensawang yang hade nih.. soooo apa cer eh kali ni? Ada happy? Takda happy? :D harap2 semua happy2 lah selalu ek?

Okeh sedar x sedar saya sebenarnya dah masuk 5 bulan pun meninggalkan Alor Star… uyooo tempat jatuh lagi di kenang inikan pulak tempat saya menimba ilmu.. iskiskisk…  betul la saya rindu suasana indah permai desa dgn sawah terbentang nan luas depan mata yang mana bila bukak aje pintu rumah tu dah nmpk sawah n bila tgk lagi sekali eh eh! da nmpk kolej! Ngehehehe… *jangan wat gila x mai kuliah naa sat g pintu ghumah kena ketuk dgn lecturer sbb suh p kelas*  wakakaka… tp so far Alhamdulillah belum la sampai ke tahap itu kan sbb ye la saya ni kan anak murid yang “Palingggg RAJIN” datang kelas… hahaha….Betul la zaman dah berubah dan sedar x sedar dah 2 tahun dekat Alor Star dan dah pun selamat habiskan zaman Diploma dekat KPTM sana..

Tetiba teringat masa-masa kritikal nak pulun buat assignment dengan semua orang, haha sampai ada masa tak kenal kami ni group siapa sebenarnya eh? Sebab mmg dah x rasa perbezaan pun semua buat kerja sama2.. eh lagi seronok masa kuiz, test, sbb masa tu lah masa kenakalan kami ya maha hebat! Hahaha agak2 kalau cerita balik kat lecturer kami mesti dorg rasa nak hempuk kami semua dgn kayu baseball kot? Hahahaha… tapi memang kami ni suka work together dan yes kami digelar THE CHEVEYO CREW.. wahhh nampak x kat situ? Gaduh macam mana sekali pun kami bonding tetap sama2 sampai orang kadang2 fikir 2-3 kali nk usik ke eh group ni? Sebab kami ni nampak mcm x sama2 tapi bila sorg je sakit semua pun sama rasanya.. dan betul lah saya rasa bersyukur sebab dapat classmate yang macam mereka.


Cheveyo Rock!


Never thought to have such wonderful moment with them, team building kukuh, hatta kalau kena badai sekalipun retak tiba2 Insya’Allah keretakkan itu mampu kami kukuhkan balik.  Senang cakap masa zaman kritikal sem 4 n sem 5 la paling nmpk ketara dia. Masa zaman buat event Teratak Melayu kan? Semua orang sibuk mana nk kejar assignment, mana nak kejar event, tapi itu memang pengalaman yg SUUUWEETTTTTTTTTT sgt! Hahaha.. gaduh sampai rasa mcm nk lempang, tumbuk, sepak, terajang semua ada aihh.. tapi bila duduk semeja bincang apa masalah.. habis bincang masuk kelas buat mcm biasa tegur macam biasa :D cakap macam biasa.. huhuhu.. dan sem 5 pulak? Ouh ya sem kritikal bila semua org dapat extra extra extra assignment dr lecturer sampai tahap masing2 dah nak tersungkur syahid je jalan bila nak pegi kelas, sampai makan ntah kemana, tidur entah kemana.. masa tu fikir “kerja kena siap” hahaha.. dan betul la bila selesai je semua tu mmg rasa lega yang teramat sangat…


The Sweet and Sour of US


Hehehe.. lega ye la lega.. habis je selesai assignment semua tu haa memasing pun mula la berjoli katak! Acaha2 macam dah habis x ada final la KONONNYA.. ahahahaha ye la betul la lepas habis siap semua assignment tu mmg kene pegi enjoy pon almaklum la nk masuk medan perang lepas tu, so nak x nak kene la prepare mindakan, relaxkan otak yang dah mcm mintak nyawa je nak terus menerus membaham semua nota yang di buat tu utk dihadam dalam ingatan supaya nak menjawap soalan nnt senang.  Kikiki tapi tak jugak joli joli katak, pejam celik pejam celik dah esok tu final haa baru kelam kabut masing2 nak membaca kikiki.. nasib laaaaa study group last minit and lagi nasib baik sebab final petang so mmg sempat nk menela’ah.. iskiskisk.. bad habits! JGN BUAT LAGI NAA TIME DEGREE! Hahahaha.. tapi syukur lah semua org lepas, dapat pulak classmate and housemate yang mmg ngam! Tak berkira, tu betul punya RAHMAT ALLAH la orang kata sanggup study sama2 tolong mana yang terdaya, ajar mana yang termampu, biarpun dah tahap study last minit.. hahaha.. teruk nau perangai memasing yek?!!! Hahahaha….

Dan betullah tiap pertemuan itu akan ada perpisahan.. sedar mahu pun tidak semuanya dah berlalu, masa cepat sangat2 cemburu tengok kami bersama, jodoh tu dah ditentukan, dekat KPTM ALOR STAR ni kami berjumpa, belajar, bermain, menangis sama-sama.. dan dekat KPTM Alor Star ni jugak lah kami kenal erti kawan dengan sahabat. Sungguh lah experience yang sangat tidak terhingga.. thanks guys.. Thank God that I’ve found you… dan ouh ya BTW Terima Kasih duhai guru2 saya and seriously segala ilmu dan kebaikkan yang di beri tidak terbalas oleh saya.. Thank You So Much! Sir Shukran, Teach Naza, Miss Farah, Madam Eja, Madam Sharizat, Madam Nurul, Madam Nurul Huda, Sir Wan Hizam, Sir Akmal, Madam Norma, Madam Sharifah, Miss Lydia, Sir Zaki, Ustazah Azuriah, Ustazah Suhaida, Lee Lao Shi, and All of the lectures thank you for helping me in those difficult time during my diploma, thank you.   May The Almighty Allah S.W.T. bless all of you in every single thing that you do. Amin.









No comments:

Post a Comment